Thursday, March 5, 2015

Arlban Park - ATV Johor (INTRO)




Penubuhan Arlban Park didedikasikan khas untuk pencinta-pencinta ATV di Malaysia khususnya termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia secara amnya.

Jika anda masih tercari-cari cara baru untuk explore tempat-tempat menarik di Persisiran Sungai Johor yang masih belum diterokai , Arlban Park menambahkan lagi kelainan dan keunikan terhadap keterujaan anda iaitu, dengan menggunakan All Terrain Vehicle (ATV) .

Objektif utama program ini adalah untuk perkenalkan kawasan Persisiran Sungai Johor yang selama ini kurang dikenali oleh pencinta alam semulajadi (nature lovers) dan juga adventure seekers.
Kebanyakan daripada ATV kami adalah automatik sepenuhnya, selamat dan mudah dikendalikan. Tiada pengalaman diperlukan untuk menyertai ATV Tour ini kerana anda akan dibimbing di track yang mudah terlebih dahulu sebelum dibenarkan menyertai laluan sukar/mencabar.  .

Alami keseronokan menungggang ATV dan bersiar-siar di perkampungan nelayan, malalui kawasan ladang kelapa sawit, paya bakau yang berlumpur dan gelap, mencari lubuk memancing tersembunyi dan banyak lagi aktiviti menarik menerusi pakej-pakej kami iaitu Eco-Adventure (ATV), Fisherman Village Visit (ATV), Johor River Explore (Speed Boat), Fishing Raft Overnight Experience (Speed Boat), River View Camp Experience dan lain-lain. Disini, kami akan cuba membawa agenda yang akan melangkaui  batas pengetahuan, keseronokan dan daya ketahanan fizikal serta mental anda. Dari masa ke semasa kami akan tambah input yang menarik dan berbeza...so...check back often yaw..!

There is nothing better than spending time either on a leisurely drive or shredding up a trail in the woods and muds. Yeay !! Tapi jangan lupa...hormati bumi kita. Carry out what you carry in. Don’t mess with Johor !
Kami harap dapat memberikan anda perkhidmatan yang bukan sekadar untuk keseronokan semata-mata  tetapi mampu menanamkan kesedaran jatidiri dan kecintaan yang mendalam terhadap ekosistem kita. Kami nantikan kedatangan anda...!  :)


2 comments:

  1. Assalam.Bon voyage!Welcome to explore a nature!Real rider,real adventure,real explorer!

    ReplyDelete
  2. Assalam.Bon voyage!Welcome to explore a nature!Real rider,real adventure,real explorer!

    ReplyDelete